7/24/15

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah









Pada 24 Julai 2015 bersamaan hari Jumaat telah diadakan majlis sambutan hari raya.

Sesi pagi bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir jam 11.50 pagi, manakala sesi petang diadakan pada 3. 30 petang sehingga 4.30 petang.

Suasana sambutan sederhana namun ia tetap meriah.

7/11/15

Majlis Qhatam al-Quran



Pada 10 julai 2015 bersamaan 23 Ramadan sekolah telah berjaya mengadakan majlis tersebut bermula jam 5.30 petang

Majlis tersebut dirasmikan oleh En Rosli dari PPD LMS

LINK

7/10/15

Bank Islam meraikan anak-anak yatim sempena hari raya aidil fitri 1436





Lebih 20 orang dari sekolah ini telah terpilih untuk diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Taiping pada 21 Ramadan 1436. Majlis dianjurkan oleh Bank Islam.

5/20/15

Jasamu dikenang

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Muhamat Rosli Mat Isa setiausaha sukan sekolah dan jurulatih olahraga negeri yang dilantik menjadi GPK Kokurikulum di SK King Edward II di Taiping mulai Mei 2015

5/1/15

Kejohanan Olahraga Sekolah




Hari ini pada 30 April 2015 SK Taman Palma sekali lagi berjaya menjalankan sukan olahraga tahunan dengan jayanya.

Buat pertama kali sukan kali ini diadakan sebelah petang. Terima kasih kepada Cikgu Hazli yang mewakili Dato Haji Ahmad Shalimin Ahmad Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang merasmikan sukan kali ini.

4/13/15

Lawatan daripada PSS Daerah Pangkalan Hulu




Pada 11April 2015 lalu, sekolah dan PSS Clinostigma telah menerima kunjungan pelawat daripada PPD Pangkalan Hulu.

Lawatan sambil belajar ini membawa kepada satu jalinan baru dan pihak PPD Pangkalan Hulu.

Justeru satu jalinan antarabangsa telah dibuat baru-baru ini antara SK Taman Palma dengan pihak pendidikan Selatan Thai dalam daerah Betong.

3/28/15

Mesyuarat Agung PIBG 2015

Pihak PIBG dan sekolah SK Taman Palma mengucapkan terima kasih kepada En Kamaruddin Abu Bakar yang mewakili Yayasan Abu Fasal untuk merasmikan mesyuarat agung kali ini.

ALBUM FACEBOOK